- Berdasarkan keputusan Mesyuarat Pengurusan SBP Bil.7/2010, Jadual Peperiksaan Percubaan PMR & SPM Selaras SBP telah dipinda bagi memberi laluan kepada Kejohanan Ragbi 10 Sebelah Bawah 16 Tahun 2010 yang berlangsung pada 6 hingga 9 Ogos 2010.
- Pindaan melibat perubahan tarikh dan waktu bagi empat (04) mata pelajaran sahaja iaitu Science (Kertas 1 dan Kertas 2) - PMR, Teknologi Kejuruteraan (Kertas 1 dan Kertas 2) - SPM, Bahasa Arab Tinggi (Kertas 1 dan Kertas 2) - SPM, dan Chemistry (Kertas 1, Kertas 2 dan Kertas 3) - SPM
- Jadual Peperiksaan Percubaan PMR & SPM Selaras SBP (Pindaan) dihantar melalui faksimili dan pos laju ke semua SBP pada 24 Jun 2010.
- Sebarang pertanyaan mengenai jadual ini, sila hubungi Cik Suraya Hani.
Terima kasih.