“1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”
daripada,
Dzulkifli bin Supin
Ketua Penolong Pengarah
Sektor Pengurusan Akademik SBP
Razali Bin Samsuddin
Ketua Unit
Unit Akademik SBP
(03-83217540)
Izzudin Bin Ibrahim
Ketua Unit
Unit P&P Bahasa Antarabangsa
(03-83217539)
Cik Ezrin Ashikin binti Zakaria
Penolong Pengarah
Unit P&P Bahasa Antarabangsa
(03-83217525)
Shafarudin Bin Ali
Penolong Pengarah
Unit Akademik SBP
(03-83217527)
Norwani binti Mamad
Penolong Pengarah
Unit Akademik
(03-83217526)
Syalawati Zuliani Binti Samsudin
Pembantu Tadbir
Wednesday, July 28, 2010
Terima kasih Cik Suraya Hani
Tahniah & Terima kasih.
Monday, July 19, 2010
Jadual Peperiksaan Percubaan SPM Selaras SBP Tahun 2010 (Pindaan ke-2)
- Jadual Peperiksaan Percubaan SPM Selaras SBP telah dipinda untuk kali ke-2 bagi memberi laluan kepada beberapa buah SBP yang telah diluluskan cuti berganti pada 12 Ogos 2010 oleh Jabatan Pelajaran Negeri
- Pindaan melibat perubahan tarikh dan waktu bagi lapan (08) mata pelajaran sahaja iaitu Additional Mathematics (3472/1 & 3472/2), English For Science And Technology (6355/2), Physics (4531/1, 4531/2, 4531/3), Mathematics (1449/1 & 1449/2), Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah (5227/1), Biology (4551/1, 4551/2, 4551/3), Teknologi Kejuruteraan (3764/1, 3764/2) dan Chemistry (4541/1, 4541/2, 4541/3).
- Jadual Peperiksaan Percubaan SPM Selaras SBP (Pindaan Ke-2) dihantar melalui faksimili dan pos laju ke semua SBP pada 13 Julai 2010.
- Sebarang pertanyaan mengenai jadual ini, sila hubungi Cik Suraya Hani.
Terima kasih.
Sunday, July 4, 2010
Pengurusan Baru SPA
Selamat Datang diucapkan buat Ketua Penolong Pengarah SPA baru, En Dzulkifli bin Mohd Supin yang akan memulakan tugas beliau di SPA pada 5 Julai 2010. Semoga SPA akan lebih mantap di bawah pimpinan beliau.
Wednesday, June 23, 2010
Pindaan Jadual Peperiksaan Percubaan PMR & SPM Selaras SBP Tahun 2010
- Berdasarkan keputusan Mesyuarat Pengurusan SBP Bil.7/2010, Jadual Peperiksaan Percubaan PMR & SPM Selaras SBP telah dipinda bagi memberi laluan kepada Kejohanan Ragbi 10 Sebelah Bawah 16 Tahun 2010 yang berlangsung pada 6 hingga 9 Ogos 2010.
- Pindaan melibat perubahan tarikh dan waktu bagi empat (04) mata pelajaran sahaja iaitu Science (Kertas 1 dan Kertas 2) - PMR, Teknologi Kejuruteraan (Kertas 1 dan Kertas 2) - SPM, Bahasa Arab Tinggi (Kertas 1 dan Kertas 2) - SPM, dan Chemistry (Kertas 1, Kertas 2 dan Kertas 3) - SPM
- Jadual Peperiksaan Percubaan PMR & SPM Selaras SBP (Pindaan) dihantar melalui faksimili dan pos laju ke semua SBP pada 24 Jun 2010.
- Sebarang pertanyaan mengenai jadual ini, sila hubungi Cik Suraya Hani.
Terima kasih.
Tuesday, June 8, 2010
Jadual Peperiksaan Percubaan PMR & SPM Selaras SBP Tahun 2010
- Jadual ini telahpun dihantar ke semua SBP melalui pos laju pada 8 Jun 2010. Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai jadual ini, sila hubungi Cik Suraya Hani.
- Sebagai makluman, cakera padat yang mengandungi soalan-soalan percubaan selaras akan dihantar ke semua SBP 2 minggu sebelum peperiksaan berlangsung.
Alamat Baharu BPSBPSK
dan Sekolah Kluster
Aras 3, Blok 2251,
Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya
Selangor.
Adalah dimohon agar sebarang surat menyurat menggunakan alamat baharu ini. Terima kasih.
Saturday, May 22, 2010
Kami Telah Berpindah!
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan dengan ini secara rasminya telah berpindah ke Bangunan Mustapha Kamal, Cyberjaya pada 22 Mei 2010.
Monday, May 10, 2010
Selamat Hari Guru
Tuesday, May 4, 2010
Happy Birthday!
Semoga tahun ini dan seterusnya, membawa kejayaan dan kegembiraan buat diri dan keluarga tersayang.
Wednesday, March 24, 2010
Kedudukan dalam SBP dalam SPM Tahun 2009 (10 terbaik)
Mesyuarat Penggubalan Item Modul Perfect Score Tahun 2010
Tempat: Bilik Mesyuarat Permata, Aras 4, Blok E2, Putrajaya
Masa: 9.00 pagi hingga 2.00 petang
Pengerusi:
Pn Faridah bt Yang Razali
Taklimat:
Cik Suraya Hani bt Mohd Lasim
- Program Perfect Score ditentatifkan pada 13 September hingga 3 Oktober 2010 (selepas Peperiksaan Percubaan SPM Selaras SBP Tahun 2010) bagi memberi laluan kepada semua peserta menghabiskan silibus 4 mata pelajaran terlibat;
- Semua modul yang telah lengkap dan sempurna di hantar secara mel elektronik dan pos (kurier) kepada pihak Bahagian;
- Semua modul yang telah lengkap mestilah sampai ke pihak Bahagian selewat-lewatnya pada 30 Jun 2010; dan
- Semua modul haruslah disimpan dalam format PDF bagi kemudahan semua Pengelola Program Perfect Score Peringkat Zon dan Sekolah ketika mencetak.
Minit mesyuarat akan diemelkan kepada semua Ketua Penggubal. Sekiranya minit mesyuarat tidak diterima, sila maklumkan pada Cik Suraya Hani di talian seperti di atas atau emel; surayasbp@gmail.com
Saturday, March 6, 2010
Sunday, February 28, 2010
Mesyuarat Penyelarasan Penggubalan Item Peperiksaan Selaras SBP Tahun 2010
Tarikh: 25 Februari 2010
Tempat: Bilik Mesyuarat Kemboja, Aras 4, Blok E2, Putrajaya
Masa: 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Pengerusi:
En Razali b Shamsudin
Taklimat:
- En Izzudin b Ibrahim (Pep Pencapaian Bahasa Antarabangsa Selaras SBP Tahun 2010)
- Cik Suraya Hani bt Mohd Lasim (Pep Percubaan PMR & SPM Selaras SBP Tahun 2010)
Seramai 17 orang Ketua Penggubal untuk 17 mata pelajaran telah menghadiri mesyuarat ini. Pada tahun ini, mata pelajaran EST telah ditambah dalam Peperiksaan Percubaan PMR & SPM Selaras SBP Tahun 2010.
Manakala, 2 orang Ketua Penggubal dan 2 orang Penggubal bagi 2 mata pelajaran iaitu Bahasa Arab Komunikasi dan Bahasa Cina Komunikasi telah menghadiri mesyuarat ini bagi Peperiksaan Pencapaian Bahasa Antarabangsa Selaras SBP Tahun 2010.
Ahli mesyuarat bersetuju dan telah maklum bahawa:
- Semua set soalan bagi semua mata pelajaran di hantar secara mel elektronik dan pos (kurier) kepada pihak Bahagian;
- Semua set soalan bagi semua mata pelajaran mestilah sampai ke pihak Bahagian selewat-lewatnya pada 2 Jun 2010 untuk Peperiksaan Percubaan dan 6 Ogos 2010 untuk Peperiksaan Pencapaian; dan
- Semua set soalan haruslah di simpan dalam bentuk PDF bagi kemudahan semua Setiausaha Peperiksaan SBP ketika mencetak.