Tempat: Bilik Mesyuarat Permata, Aras 4, Blok E2, Putrajaya
Masa: 9.00 pagi hingga 2.00 petang
Pengerusi:
Pn Faridah bt Yang Razali
Taklimat:
Cik Suraya Hani bt Mohd Lasim
Seramai 7 orang Ketua Penggubal untuk 7 Modul Perfect Score Tahun 2010 telah menghadiri mesyuarat ini. Ketua Penggubal bagi Modul Matematik Tambahan Tingkatan 4, tidak dapat menghadiri mesyuarat atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
Ahli mesyuarat bersetuju dan telah maklum bahawa:
- Program Perfect Score ditentatifkan pada 13 September hingga 3 Oktober 2010 (selepas Peperiksaan Percubaan SPM Selaras SBP Tahun 2010) bagi memberi laluan kepada semua peserta menghabiskan silibus 4 mata pelajaran terlibat;
- Semua modul yang telah lengkap dan sempurna di hantar secara mel elektronik dan pos (kurier) kepada pihak Bahagian;
- Semua modul yang telah lengkap mestilah sampai ke pihak Bahagian selewat-lewatnya pada 30 Jun 2010; dan
- Semua modul haruslah disimpan dalam format PDF bagi kemudahan semua Pengelola Program Perfect Score Peringkat Zon dan Sekolah ketika mencetak.
Minit mesyuarat akan diemelkan kepada semua Ketua Penggubal. Sekiranya minit mesyuarat tidak diterima, sila maklumkan pada Cik Suraya Hani di talian seperti di atas atau emel; surayasbp@gmail.com
No comments:
Post a Comment