“1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”

Selamat melayari blog Sektor Pengurusan Akademik SBP







daripada,







Dzulkifli bin Supin



Ketua Penolong Pengarah



Sektor Pengurusan Akademik SBP







Razali Bin Samsuddin



Ketua Unit



Unit Akademik SBP



(03-83217540)







Izzudin Bin Ibrahim



Ketua Unit



Unit P&P Bahasa Antarabangsa



(03-83217539)





Cik Ezrin Ashikin binti Zakaria



Penolong Pengarah



Unit P&P Bahasa Antarabangsa



(03-83217525)





Shafarudin Bin Ali



Penolong Pengarah



Unit Akademik SBP



(03-83217527)







Norwani binti Mamad



Penolong Pengarah



Unit Akademik


(03-83217526)







Syalawati Zuliani Binti Samsudin



Pembantu Tadbir



Saturday, May 22, 2010

Kami Telah Berpindah!

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan dengan ini secara rasminya telah berpindah ke Bangunan Mustapha Kamal, Cyberjaya pada 22 Mei 2010.

Segala surat menyurat (keluar dan masuk) masih menggunakan alamat lama sehingga diberitahu.
Terima kasih.

Monday, May 10, 2010

Selamat Hari Guru

Sektor Pengurusan Akademik SBP mengucapkan
Selamat Hari Guru
kepada
warga pendidik di BPSBPSK dan SBP
Jasamu dikenang, baktimu dijulang

Tuesday, May 4, 2010

Happy Birthday!

Sektor Pengurusan Akademik SBP mengucapkan

"Selamat Menyambut
Hari Ulangtahun Kelahiran"

kepada

Cik Nor'Aini bt Mohamad

Semoga tahun ini dan seterusnya, membawa kejayaan dan kegembiraan buat diri dan keluarga tersayang.

Wednesday, March 24, 2010

Kedudukan dalam SBP dalam SPM Tahun 2009 (10 terbaik)


Sektor Pengurusan Akademik SBP, BPSBPSK mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada semua warga 10 buah SBP teratas.

Mesyuarat Penggubalan Item Modul Perfect Score Tahun 2010

Tarikh: 12 Mac 2010

Tempat: Bilik Mesyuarat Permata, Aras 4, Blok E2, Putrajaya

Masa: 9.00 pagi hingga 2.00 petang

Pengerusi:
Pn Faridah bt Yang Razali

Taklimat:
Cik Suraya Hani bt Mohd Lasim


Seramai 7 orang Ketua Penggubal untuk 7 Modul Perfect Score Tahun 2010 telah menghadiri mesyuarat ini. Ketua Penggubal bagi Modul Matematik Tambahan Tingkatan 4, tidak dapat menghadiri mesyuarat atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Ahli mesyuarat bersetuju dan telah maklum bahawa:
  1. Program Perfect Score ditentatifkan pada 13 September hingga 3 Oktober 2010 (selepas Peperiksaan Percubaan SPM Selaras SBP Tahun 2010) bagi memberi laluan kepada semua peserta menghabiskan silibus 4 mata pelajaran terlibat;
  2. Semua modul yang telah lengkap dan sempurna di hantar secara mel elektronik dan pos (kurier) kepada pihak Bahagian;
  3. Semua modul yang telah lengkap mestilah sampai ke pihak Bahagian selewat-lewatnya pada 30 Jun 2010; dan
  4. Semua modul haruslah disimpan dalam format PDF bagi kemudahan semua Pengelola Program Perfect Score Peringkat Zon dan Sekolah ketika mencetak.

Minit mesyuarat akan diemelkan kepada semua Ketua Penggubal. Sekiranya minit mesyuarat tidak diterima, sila maklumkan pada Cik Suraya Hani di talian seperti di atas atau emel; surayasbp@gmail.com

Sunday, February 28, 2010

Mesyuarat Penyelarasan Penggubalan Item Peperiksaan Selaras SBP Tahun 2010

Tarikh: 25 Februari 2010

Tempat: Bilik Mesyuarat Kemboja, Aras 4, Blok E2, Putrajaya

Masa: 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Pengerusi:
En Razali b Shamsudin

Taklimat:

  1. En Izzudin b Ibrahim (Pep Pencapaian Bahasa Antarabangsa Selaras SBP Tahun 2010)
  2. Cik Suraya Hani bt Mohd Lasim (Pep Percubaan PMR & SPM Selaras SBP Tahun 2010)

Seramai 17 orang Ketua Penggubal untuk 17 mata pelajaran telah menghadiri mesyuarat ini. Pada tahun ini, mata pelajaran EST telah ditambah dalam Peperiksaan Percubaan PMR & SPM Selaras SBP Tahun 2010.

Manakala, 2 orang Ketua Penggubal dan 2 orang Penggubal bagi 2 mata pelajaran iaitu Bahasa Arab Komunikasi dan Bahasa Cina Komunikasi telah menghadiri mesyuarat ini bagi Peperiksaan Pencapaian Bahasa Antarabangsa Selaras SBP Tahun 2010.

Ahli mesyuarat bersetuju dan telah maklum bahawa:

  1. Semua set soalan bagi semua mata pelajaran di hantar secara mel elektronik dan pos (kurier) kepada pihak Bahagian;
  2. Semua set soalan bagi semua mata pelajaran mestilah sampai ke pihak Bahagian selewat-lewatnya pada 2 Jun 2010 untuk Peperiksaan Percubaan dan 6 Ogos 2010 untuk Peperiksaan Pencapaian; dan
  3. Semua set soalan haruslah di simpan dalam bentuk PDF bagi kemudahan semua Setiausaha Peperiksaan SBP ketika mencetak.
Minit mesyuarat akan diemel kepada semua Ketua Penggubal. Sekiranya minit mesyuarat tidak diterima, sila maklumkan pada Cik Suraya Hani di emel: surayasbp@gmail.com